Back to Search Start Over

Blueprint keterjaminan makanan

Authors :
Saad, Wan Zuhainis
Shamsudin, Mad Nasir
Mohamed Arshad, Fatimah
Mad Tamrin, Shamsul Bahri
Madon, Zainal
Abdul Rani, Mohd Zariat
Sakimin, Siti Zaharah
Omar, Muhd Khaizer
Arshad, Mohd Mursyid
Prabhakaran, Sudesh
Supian, Siti Rozana
Mohamad Noor, Noorizai
Md Yasin, Mohd Nazri
Hashim, Shahriman
Arshad, Abdullah
Abdullah, Mohd Aris Fadzilah
Saad, Wan Zuhainis
Shamsudin, Mad Nasir
Mohamed Arshad, Fatimah
Mad Tamrin, Shamsul Bahri
Madon, Zainal
Abdul Rani, Mohd Zariat
Sakimin, Siti Zaharah
Omar, Muhd Khaizer
Arshad, Mohd Mursyid
Prabhakaran, Sudesh
Supian, Siti Rozana
Mohamad Noor, Noorizai
Md Yasin, Mohd Nazri
Hashim, Shahriman
Arshad, Abdullah
Abdullah, Mohd Aris Fadzilah
Publication Year :
2024

Abstract

Keterjaminan makanan didefinisikan oleh FAO sebagai situasi di mana setiap individu memiliki akses yang berterusan kepada makanan yang selamat, berkhasiat dan memenuhi keperluan serta citarasa pemakanan mereka untuk hidup aktif dan sihat. Di Malaysia, ternyata ekosistem makanan rapuh apabila negara dilanda dengan masalah perubahan iklim, ketidakstabilan pasaran dunia, dan ketidakimbangan antara penawaran dengan permintaan. Dalam usaha menangani masalah ini, Malaysia telah melancarkan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025. Keduadua dokumen ini menggariskan strategi-strategi berkesan bagi menggembleng sumber asli, modal insan, penyelidikan dan pembangunan, dan teknologi ke arah pembangunan industri agromakanan, sejajar dengan matlamat “Kelaparan Sifar” yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan UNESCO. Dengan berbekalkan sejarah serta reputasinya yang cemerlang khususnya dalam bidang pertanian, UPM yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia beriltizam untuk memastikan agenda keterjaminan makanan negara dapat dicapai dengan jayanya. Untuk itu, UPM melancarkan Blueprint Keterjaminan Makanan UPM 2024 sebagai bahan rujukan dan panduan utama yang mendasari usaha warga UPM dalam merealisasikan agenda keterjaminan makanan negara. Blueprint ini menggariskan tiga (3) lonjakan utama, iaitu: i. Lonjakan Teras: mencakupi Kecemerlangan Akademik, Dampak Penyelidikan dan Inovasi, Keterlibatan Komuniti dan Industri, ii. Lonjakan Pemboleh Daya: meliputi Kecekapan Governans, Kelestarian Kewangan, Ketersediaan Bakat, Kecanggihan Infrastruktur, Kolaborasi dan Rangkaian Global dan Komunikasi Strategik, iii. Lonjakan Keberhasilan: merangkumi Keunggulan Graduan dan Usahawan Tani, Kebolehgunaan Teknologi dan Inovasi, dan Pengupayaan Komuniti Tani. Bagi memacu ketiga-tiga lonjakan ini, blueprint ini mensasarkan impak keberhasilan dalam empat (4) aspek, iaitu: i. Peningkatan pengeluaran; ii. Peningkatan kualiti pemakanan; iii

Details

Database :
OAIster
Notes :
text, English
Publication Type :
Electronic Resource
Accession number :
edsoai.on1453486574
Document Type :
Electronic Resource