Back to Search
Start Over
“ Kenapa Saya Percaya Kepada Pasangan Saya? ' : satu kajian awal
- Publication Year :
- 2014
-
Abstract
- ABSTRAK Konsep percaya merupakan satu istilah yang merujuk kepada perspektif sosio-budaya yang dikaitkan dengan satu konsep perhubungan yang membekalkan keselamatan, harmoni, dan kebajikan terhadap individu, pasangan, ahli keluarga dan komuniti secara keseluruhannya.Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang menjadi penyebab bagi seseorang itu untuk percaya kepada pasangan yang mana ianya berfokus kepada perhubungan dalam perkahwinan. Kajian ini merupakan satu kajian tunggal yang hanya menggunakan seorang subjek (wanita) yang telah berkahwin. Rekabentuk kajian ini adalah menggunakan metod Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) yang membolehkan penyelidik untuk mengkaji pengalaman sebenar subjek kajian berkaitan isu yang dikaji. Penyelidik telah menjalankan sesi temubual secara mendalam kepada subjek kajian bagi mendapatkan data. Analisis data dijalankan mengikut metod IPA daripada Smith, Flowers, dan Larkin (2010). Keputusan kajian awal telah membentuk beberapa tema awal berkaitan dengan faktor percaya terhadap pasangan dalam perhubungan; antaranya adalah 1) Keterbukaan, 2) Komitmen, 3) Timbal balik 4) Tempoh perhubungan dan 5) Sikap. Limitasi kajian serta cadangan untuk kajian akan datang turut dinyatakan.
Details
- Database :
- OAIster
- Notes :
- text, English
- Publication Type :
- Electronic Resource
- Accession number :
- edsoai.on1299468029
- Document Type :
- Electronic Resource