Back to Search Start Over

Reaksi dan pengalaman masyarakat Pulau Gaya semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah

Authors :
Nor-Ina Kanyo
Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
Jabil Mapjabil
Rosazman bin Hussin
Jalihah Md Shah
Suhailah Abdul Muin
Oliver Valentine Eboy
Budi Anto Mohd Tamring
Datu Razali Datu Eranza
Jashmaira Kipli
Nur Fitriaida Jamali
Rosdiana Betare
Nor-Ina Kanyo
Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
Jabil Mapjabil
Rosazman bin Hussin
Jalihah Md Shah
Suhailah Abdul Muin
Oliver Valentine Eboy
Budi Anto Mohd Tamring
Datu Razali Datu Eranza
Jashmaira Kipli
Nur Fitriaida Jamali
Rosdiana Betare
Publication Year :
2020

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan penelitian reaksi dan pengalaman masyarakat Pulau Gaya semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Kota Kinabalu, Sabah. Pulau Gaya merupakan sebuah pulau yang terletak dikawasan bandar utama yang mengalami pembangunan dan pertumbuhan penduduk yang semakin pesat. Akibat penularan wabak COVID-19 sejak Disember 2019, hampir seluruh dunia terkena tempias kesan daripada penyakit tersebut. Justeru itu, bagi mengekang rebakan penyakit COVID-19, kerajaan Malaysia mengambil langkah dengan melaksanakan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020. PKP yang dilaksanakan kerajaan Malaysia adalah berfasa bermula dari fasa 1 iaitu PKP hingga kini fasa 7 ialah PKPP. Dalam kajian ini adalah tertumpu kepada PKP fasa 1 hingga fasa 3 sahaja kerana pada masa ini segala aktiviti yang bukan perkhidmatan penting (essential services) adalah tidak dibenarkan beroperasi. Hal ini mengakibatkan masyarakat Malaysia mengalami kesan daripada ekonomi dan sosial. Oleh itu, bagi melihat sendiri kesan yang dialami oleh penduduk maka kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauh mana masyarakat Pulau Gaya terkesan akibat daripada pelaksanaan PKP dan kajian ini ingin menilai reaksi masyarakat Pulau Gaya berkaitan pelaksanaan PKP. Objektif yang digariskan dalam kajian ini iaitu pertama meneliti reaksi masyarakat Pulau Gaya terhadap pelaksanaan PKP. Kedua, mengenalpasti kesan pelaksanaan PKP dari segi ekonomi dan sosial masyarakat Pulau Gaya. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kajian kepustakaan dan edaran instrumen borang soal selidik kajian. Dalam kajian ini mendapati masyarakat Pulau Gaya mempunyai tahap kepekaan yang tinggi berkaitan dengan pelaksanaan PKP walaupun turut terjejas teruk akibat pelaksanaan PKP. Hal ini demikian kerana pemantauan pihak berwajib adalah sangat ketat dan teratur.

Details

Database :
OAIster
Notes :
text, text, English, English
Publication Type :
Electronic Resource
Accession number :
edsoai.on1253130847
Document Type :
Electronic Resource