Back to Search Start Over

Pelaksanaan langkah keselamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Authors :
Nor-Ina Kanyo
Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
Jabil Mapjabil
Rosazman bin Hussin
Jalihah Md Shah
Suhailah Abdul Muin
Oliver Valentine Eboy
Budi Anto Mohd Tamring
Datu Razali bin Datu Eranza
Jashmaira Kipli
Nur Fitriaida Jamali
Rosdiana Betare
Nor-Ina Kanyo
Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
Jabil Mapjabil
Rosazman bin Hussin
Jalihah Md Shah
Suhailah Abdul Muin
Oliver Valentine Eboy
Budi Anto Mohd Tamring
Datu Razali bin Datu Eranza
Jashmaira Kipli
Nur Fitriaida Jamali
Rosdiana Betare
Publication Year :
2021

Abstract

Artikel ini adalah berkaitan langkah-langkah keselamatan semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Pulau Gaya merupakan sebuah pulau yang terletak di kawasan bandar utama yang terbahagi kepada 6 perkampungan iaitu Kampung Pulau Gaya Asli, Kampung Lok Urai, Kampung Kesuapan, Kampung Pondoh, Kampung Lok Baru dan Kampung Lobong. Penularan wabak Covid-19 yang drastik sejak Disember 2019, hampir seluruh dunia terkesan daripada penyakit tersebut daripada pelbagai aspek iaitu dari segi ekonomi, sosial dan politik. Justeru itu, kerajaan Malaysia mengambil langkah bagi mengekang dan mengurangkan risiko penularan jangkitan yang berterusan kepada lebih ramai masyarakat, PKP dilaksanakan bermula pada 18 Mac 2020 dalam beberapa fasa. Langkah pelaksanaan PKP adalah dilihat sebagai satu tindakan yang baik dalam mengatasi penularan wabak ini. Dalam hal ini, pengkaji ingin melihat sendiri sejauhmana tanggungjawab pihak berwajib dan pelaksanaan PKP di kawasan Pulau Gaya khususnya dengan pendekatan kajian lapangan bagi mengedarkan borang soal selidik serta menemubual penduduk di Pulau Gaya. Objektif yang digariskan dalam kajian ini iaitu (i) menilai tindakan pihak bertanggungjawab terhadap pelaksanaan PKP di Pulau Gaya dan, (ii) mengkaji cadangan langkah penambahbaikan pelaksanaan PKP. Fokus penelitian kajian PKP di Pulau Gaya adalah pada fasa fasa I hingga fasa III sahaja kerana pada masa ini segala aktiviti ekonomi dan sosial adalah sangat terhad dan memberi kesan kepada pelbagai golongan masyakat secara keseluruhannya. Hasil penelitian kajian, membolehkan pelaksanaan PKP di kawasan Pulau Gaya dapat dikenalpasti dengan lebih mendalam.

Details

Database :
OAIster
Notes :
text, text, English, English
Publication Type :
Electronic Resource
Accession number :
edsoai.on1253123794
Document Type :
Electronic Resource