Back to Search
Start Over
Sokongan sosial dalam kalangan remaja hamil tanpa nikah
- Publication Year :
- 2015
-
Abstract
- Kajian ini memfokuskan kepada isu remaja hamil tanpa nikah yang ditempatkan di empat buah institusi perlindungan dan pemulihan di Semenanjung Malaysia.Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti sokongan sosial dalam kalangan remaja yang hamil tanpa nikah.Kajian ini bersifat kuantitatif di mana pengumpulan data dilakukan menggunakan kaedah tinjauan (survey) yang melibatkan seramai 50 orang responden di empat buah institusi perlindungan dan pemulihan.Pelbagai kesukaran yang dialami oleh responden akibat kehamilan menyebabkan mereka memerlukan sokongan sosial daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa, adik beradik, teman lelaki dan staf di institusi perlindungan dan pemulihan yang mereka diami.Dapatan kajian ini menunjukkan sokongan yang diperlukan adalah antaranya dari segi penjagaan bayi, nasihat, kewangan, penjagaan diri, penjagaan kandungan, dan komplikasi semasa kehamilan.Oleh itu, walaupun majoriti responden hamil tanpa nikah, mereka masih tetap memerlukan sokongan terutamanya daripada ahli keluarga dalam meneruskan kehidupan mereka.
Details
- Database :
- OAIster
- Notes :
- application/pdf, English
- Publication Type :
- Electronic Resource
- Accession number :
- edsoai.ocn957631889
- Document Type :
- Electronic Resource