Back to Search Start Over

Pemikiran Tuan Hussein bin Muhammad Nasir tentang sifat-sifat tercela dan terpuji

Publication Year :
2014

Abstract

Tuan Hussein bin Muhammad Nasir merupakan seorang ulama yang berwibawa di Kedah.Beliau banyak menyumbangkan jasa bakti dalam bidang pendidikan dan penulisan.Kertas kerja ini membincangkan pemikiran Tuan Hussein bin Muhammad Nasir tentang sifat-sifat tercela dan terpuji menerusi kitab tulisannya Qatr al-Ghaisiyyah Fi Ilm al-Sufiah. Pengumpulan data dilakukan menerusi kaedah dokumentasi.Analisis data dibuat menerusi kaedah induktif, deduktif dan komparatif.Hasil kajian mendapati bahawa Tuan Hussein memperlihatkan pemikiran tradisionalisme apabila beliau membincangkan tentang sifat-sifat tercela dan terpuji.Menurut Tuan Hussein, seseorang muslim perlu menjauhi sifat-sifat tercela. Seterusnya, seseorang Muslim perlu menghiasi dirinya dengan sifat-sifat terpuji agar menjadi hampir dengan Allah dan hampir kepada kebenaran.

Details

Database :
OAIster
Notes :
Abdullah, Suhanim
Publication Type :
Electronic Resource
Accession number :
edsoai.ocn957629833
Document Type :
Electronic Resource