Back to Search
Start Over
Goniothalamin Berkesan Secara In Vitro Terhadap Virus Herpes Manusia Jenis 1 Rintang-Acyclovir
- Source :
- Malaysian Applied Biology. 51:261-269
- Publication Year :
- 2022
- Publisher :
- Persatuan Biologi Gunaan Malaysia, 2022.
-
Abstract
- Permasalahan besar yang dihadapi dalam rawatan jangkitan virus herpes manusia jenis I (Human Herpes virus type 1, HHV-1) adalah kehadiran virus mutan yang rintang ubat antivirus iaitu acyclovir. Pencarian ubatan dengan kebolehan mengatasi HHV-1 rintang-acyclovir diperlukan bagi mengatasi masalah ini. Maka, kajian ini bertujuan menentukan konfigurasi Goniothalamin (GTN) yang dipencilkan daripada Goniothalamus umbrosus seterusnya mengenalpasti kebolehannya secara in vitro merencat pencilan HHV-1 mutan yang rintang-acyclovir. Kristal yang terhasil selepas pengekstrakan bahagian akar dan batang G. umbrosus disahkan melalui GC-MS, FTIR dan NMR sebagai GTN. Kiraan puncak gandingan J (J coupling peak calculation) menunjukkan bahawa sebatian aktif ini dalam konfigurasi-cis. Sebelum ujian antivirus dilakukan, nilai kepekatan sitotoksik GTN yang membunuh 50% populasi sel Vero (CC50) ditentukan iaitu 8.747 µg/mL. Kepekatan GTN lebih rendah daripada nilai CC50 digunakan untuk penentuan kesan aktiviti antivirus. Sebanyak sebelas pencilan mutan digunakan bagi menentukan kesan aktiviti antivirus GTN dalam asai pasca-rawatan. Nilai kepekatan berkesan menurunkan 50% pembentukan plak (EC50) adalah antara 0.47 µg/mL (2.35 µM) hingga 1.42 µg/mL (6.42 µM). Nilai indeks pemilihan (SI) iaitu nisbah keberkesanan aktiviti antivirus berbanding kesitotoksikan adalah antara 6 hingga 17 yang menunjukkan bahawa GTN mempunyai potensi baik untuk bertindak sebagai agen antivirus. Kesimpulannya, GTN dalam konfigurasi cis berkesan merencat pencilan virus mutan rintang-acyclovir. Potensi tindakan tersebut penting dalam menangani kehadiran virus rintang-acyclovir terutama yang mempunyai mutasi pada timidin kinase atau polimerase DNA.
- Subjects :
- General Agricultural and Biological Sciences
Subjects
Details
- ISSN :
- 2462151X and 01268643
- Volume :
- 51
- Database :
- OpenAIRE
- Journal :
- Malaysian Applied Biology
- Accession number :
- edsair.doi...........8a83f39b9d3f0b80c4d7a6c064683659
- Full Text :
- https://doi.org/10.55230/mabjournal.v51i5.2369