Back to Search Start Over

Pengaruh sokongan penyelia dalam perhubungan antara tekanan kerja dan konflik kerja-keluarga

Authors :
Azman Ismail
Nur Izzaty Mohamad
Azmawaty Mohamad Nor
Source :
Malaysian Journal of Society and Space. 16
Publication Year :
2020
Publisher :
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press), 2020.

Abstract

Tekanan kerja dapat mempengaruhi kesejahteraan dan prestasi organisasi. Kajian terbaharu mendedahkan bahawa tahap tekanan kerja mempunyai tiga elemen yang sangat penting, iaitu kesamaran tanggungjawab, pertelingkahan tanggungjawab dan beban tanggungjawab. Tahap tekanan yang tinggi tidak meningkatkan konflik kerja-keluarga apabila kesanggupan penyelia menghulurkan sokongan kepada pekerja dalam organisasi. Sungguhpun perhubungan ini dikaji secara meluas, namun peranan sokongan penyelia sebagai pemboleh ubah penyederhanaan yang efektif kurang dibincangkan secara terperinci dalam literatur penyelidikan tingkah laku organisasi. Kajian ini dilaksanakan untuk menilai perhubungan antara tekanan kerja, sokongan penyelia dan konflik kerja-keluarga. Borang soal selidik tadbir sendiri telah digunakan untuk mengumpulkan data daripada staf yang berkhidmat di berbagai bahagian dalam sebuah agensi pusat kerajaan persekutuan Malaysia. Keputusan analisis model SmartPLS menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja (tahap kesamaran tanggungjawab, pertelingkahan tanggungjawab dan beban tanggungjawab) yang tinggi tidak berupaya meningkatkan konflik kerja-keluarga apabila penyelia sanggup menghulurkan sokongan yang berkesan dalam melaksanakan operasi kerja harian. Oleh itu, dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai perakuan-perakuan penting bagi membantu pihak pengurusan dalam memahami konsep sokongan penyelia yang bersifat multidimensi dan merangka program sokongan pekerja bagi mencapai dan mengekalkan misi dan wawasan organisasi dalam zaman globalisasi dan ekonomi yang sukar diramalkan.

Details

ISSN :
26827727
Volume :
16
Database :
OpenAIRE
Journal :
Malaysian Journal of Society and Space
Accession number :
edsair.doi...........7c3fd0576720707782970f4ead392091