Back to Search Start Over

PERANAN MENTOR DALAM MENINGKATKAN KEJAYAAN KERJAYA MENTI: SATU KAJIAN DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Authors :
Oswatun Samate
Nor’Ain Abdullah
Azman Ismail
Norhafizah Abu Hasand
Azmawaty Mohamad Nor
Source :
Journal of Nusantara Studies (JONUS). 5:315-335
Publication Year :
2020
Publisher :
SciTech Solutions, 2020.

Abstract

Latar Belakang dan Tujuan: Program pementoran merupakan satu kaedah latihan di tempat kerja yang dilaksanakan oleh mentor untuk membimbing kerjaya dan psikososial menti bagi mencapai matlamat dan strategi organisasi dalam era persaingan global. Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk menilai hubungan langsung antara peranan mentor dalam membantu menti meningkatkan kejayaan kerjaya mereka. Metodologi: Populasi kajian melibatkan 336 penjawat awam yang telah mengikuti program pementoran formal di Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan yang mana kajian terdiri daripada penjawat awam yang telah di lantik sebagai menti bagi Program Pementoran Perkhidmatan Awam tahun 2014 hingga 2016 seramai 136 menti. Instrumen yang digunakan ialah kaedah kaji selidik bagi menggumpul data. Data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Smart Partial Least Squares (SmartPLS) untuk menentukan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, serta menguji hipotesis kajian. Dapatan Kajian: Dapatan kajian ini menghasilkan empat penemuan penting: pertama, fungsi kerjaya mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan kepuasan kerjaya. Kedua, fungsi kerjaya mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan motivasi kerjaya. Ketiga, fungsi psikososial mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan kepuasan kerjaya. Akhir sekali, fungsi psikososial mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan motivasi kerjaya. Sumbangan: Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa keupayaan mentor melaksanakan fungsi kerjaya dan psikososial secara teratur dapat meningkatkan kepuasan kerjaya dan motivasi kerjaya menti dalam organisasi kajian. Kata Kunci: Fungsi kerjaya, fungsi psikososial, kepuasan kerjaya, motivasi kerjaya, pementoran. Abstract Background and Purpose: Mentoring program helps in increasing the morale of the employees and motivates them to achieve organisational goals in an era of global competition. This study was conducted to evaluate a direct relationship between mentors’ roles and mentee achievements. Methodology: The population of the study is 336 civil servants who involved in a formal mentoring program at Public Service Department in Malaysia. A total of 136 respondents were purposively sampled and they were in the Mentoring Program for Public Service Department for year 2014 to 2016. Data collected using questionnaires were analyzed descriptively using Smart Partial Least Squares (SmartPLS) to evaluate the confirmatory factor analysis and structural equation modelling for testing the hypothesized ralations. Findings: Result revealed four important outcomes: first, career function was significantly related to mentees’ career satisfaction. Secondly, career function was significantly related to mentees’ career motivation. Thirdly, psychosocial function was significantly related to mentees’ career satisfaction. Finally, psychosocial function was significantly related to mentees’ career motivation. Contributions: This result demonstrates that the ability of mentors to appropriately implement career and psychosocial functions can enhance mentees’ career achievements in the examined organizations. Keywords: Career function, career motivation, job satisfaction, mentoring, psychosocial function. Cite as: Abdullah, N. A., Ismail, A., Mohamad Nor, A., Abu Hasand, N., & Samate, O. (2020). Peranan mentor dalam meningkatkan kejayaan kerjaya menti: Satu kajian di jabatan perkhidmatan awam Malaysia [Mentors’ roles in enhancing mentee’s career outcomes: A case of Malaysian public sector]. Journal of Nusantara Studies, 5(1), 315-335. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol5iss1pp315-335

Details

ISSN :
01279386 and 01279319
Volume :
5
Database :
OpenAIRE
Journal :
Journal of Nusantara Studies (JONUS)
Accession number :
edsair.doi...........39221aa8e9fc76dc9c02e52e0486b220