Back to Search Start Over

Pembentukan Cekung Berkualiti Tinggi Menggunakan Tempoh Penganodan yang Singkat bagi Penghasilan AAO

Authors :
N. U. Saidin
Kuan-Ying Kok
Mohammad Hafizuddin Hj Jumali
I. K. Ng
Source :
Sains Malaysiana. 45:1787-1794
Publication Year :
2016
Publisher :
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press), 2016.

Abstract

Kualiti membran AAO yang disediakan melalui teknik penganodan dua peringkat adalah sangat dipengaruhi oleh pra-pembentukan cekung yang dihasilkan semasa penganodan pertama. Kajian ini dijalankan untuk menentukan tempoh penganodan yang optimum bagi menghasilkan cekung yang berkualiti. Penganodan dilakukan menggunakan larutan 0.3 M H2C2O4 sebagai elektrolit dengan beza keupayaan dan suhu masing-masing ditetapkan pada 40 V dan 18°C. Proses penganodan dilakukan sehingga 6 jam. Perubahan nilai arus sepanjang tempoh penganodan direkodkan. Selepas penyingkiran lapisan oksida, kualiti cekung yang terbentuk dikaji menggunakan FESEM. Mikrograf FESEM mengesahkan pembentukan cekung berstruktur heksagon adalah seragam. Selain memperbaiki keseragaman, pertambahan tempoh penganodan telah membentuk cekung yang lebih jelas, tersusun serta kecacatan yang minimum. Keputusan kajian mendapati bahawa tempoh optimum bagi mendapatkan cekung yang seragam dan sempurna adalah antara 4 dan 6 jam. Ini kerana pertambahan tempoh penganodan seterusnya akan menyebabkan keruntuhan dinding cekung yang akhirnya menjadi punca kepada pembentukan liang yang bersentuhan antara satu sama lain. Selain itu, mekanisma penghasilan bentuk cekung turut dibincangkan.

Subjects

Subjects :
Multidisciplinary

Details

ISSN :
01266039
Volume :
45
Database :
OpenAIRE
Journal :
Sains Malaysiana
Accession number :
edsair.doi...........1581ad14b83e2100080b2d821af0cde0