1. Kesediaan untuk berubah sebagai pengantara antara hubungan jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan pengaruh sosial dengan niat tingkah laku perkongsian maklumat menggunakan media sosial
- Author
-
Yahaya, Tiny Azleen and Yahaya, Tiny Azleen
- Abstract
Cadangan oleh kerajaan bahawa media sosial menjadi medium perkongsian maklumat dalam era digital mempengaruhi pekerja termasuk pengurusan sumber manusia. Merujuk kepada Teori Penyatuan Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (UTAUT), kajian ini mengambil faktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan pengaruh sosial sebagai pembolehubah bebas. Niat tingkah laku perkongsian maklumat menggunakan media sosial dipilih sebagai pemboleh ubah bersandar manakala kesediaan untuk berubah sebagai faktor pengantara. Kaedah persampelan rawak berstrata bernisbah dan persampelan rawak mudah diguna pakai. Sebanyak 400 borang soal selidik telah diedarkan dan 365 borang telah dikembalikan. Hanya 343 lengkap sebagai data sebenar. Analisis korelasi dan regresi digunakan untuk mengkaji hipotesis dan diuji menggunakan IBM SPSS Version 25.0. Ujian faktor pengantara dihasilkan dengan kaedah bootstrapping, Model 4, dengan persampelan semula sebanyak 5000 kali dan 95% selang keyakinan bias diperbetulkan, menggunakan SPSS PROSES MACRO Version 3.0. Ujian ini digunakan untuk menilai kesan langsung dan kesan tidak langsung jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan pengaruh sosial terhadap niat tingkah laku perkongsian maklumat menggunakan media sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa jangkaan prestasi (r = .77; p .000, <0.05), jangkaan usaha (r = .75; p .001, <0.05) dan pengaruh sosial (r = .61; p .001, <0.05) adalah peramal positif dalam mempengaruhi niat tingkah laku. Korelasi antara kesediaan untuk berubah dan niat tingkah laku (r = .61; p .001, <0.05), jangkaan prestasi (r = .68;p .001, <0.05), jangkaan usaha (r = .71; .001, <0.05) dan pengaruh sosial (r = .76; p .001, <0.05) menunjukkan hubungan positif dengan kesediaan perubahan. Pengaruh sosial (r = 0.76, R2 = 0.58, p = 0.001) adalah faktor yang menyumbang secara tertinggi kepada hubungan langsung kesediaan untuk berubah sementara jangkaan prestasi adalah penyumbang tertinggi kepada niat tingkah laku (r = 0.77, R2 = 0.60, p = 0.001). Hasil analisis
- Published
- 2018