1. Implikasi Moratorium Ke Atas Pelanggan Kewangan Islam
- Author
-
Zaluddin Sulaiman, Munirah Zakaria, Fatin Farazh Ya’acob, Mohamad Zaim Isamail, Nurfarhana Mohd Daud, and Siti Noor Ain Aziz
- Abstract
Isu moratorium merupakan isu yang popular, hangat, dan sering diperdebatkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Mana tidaknya, pelbagai tafsiran dan andaian diberikan ke atas pengertian moratorium ini. Ahli politik, pengamal kewangan, pekerja sektor kerajaan dan juga swasta turut terkesan dengan situasi ini. Artikel ini bertujuan mengkaji implikasi moratorium ke atas pelanggan kewangan Islam. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif berbentuk kajian lapangan. Hasil kajian ini menunjukan bahawa peratusan masyarakat mengetahui berkenaan maklumat perlaksanaan moratorium adalah lebih ramai. Malah dapatan kajian juga menunjukkan responden lebih memilih wang mereka disimpan akibat kesan daripada pelaksanaan moratorium ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dapatan kajian juga mendapati respon terhadap kewajaran dan lanjutan moratorium bayaran balik dari pihak bank dipengaruhi oleh jenis pekerjaan responden. Begitu juga hubungkait antara respon mengenai perubahan cara bayaran pelanggan telah dipengaruhi oleh jenis pekerjaan responden.
- Published
- 2021