This research explains about a local wisdom related to the Iban community of heritage, like tattoo’s. Symbolism towards the elements of nature is often used to express various ideas and meanings about their practices, culture and life. This research use a fully qualitative as a main approach . Data obtained through a qualitative approach using observational methods and interviews from informants that have expertise on tattoos. This research shows that the human mind is built from the nature, characteristics and forms of nature. Human learns from nature and create aesthetics while showing the ability to assimilate with nature so that there is a philosophy of nature being a teacher. It show that human mind is built from nature. This means that the evolving nature teaches people to think creatively and produce a creation that uses the elements of nature as a source of ideas. Every thing and event that happens in human life may not be inseparable from nature. The Iban community live in a natural environment. For them, nature is used as a teacher to solve all the problems that occur in their daily lives. Some individuals in Iban community, they have a skilled in creating work of arts that use the natural sources that exist in their environment. The aesthetic value of tattoos can also be seen in the motifs and designs produced by inspiring the source of nature. It shows that nature as a teacher or mind thinking in addition to the symbol of perseverance and psychology the of tattoo maker. Through nature, the Iban community produce creativity that uses natural sources in the tradition of tattoos that shows the local wisdom as well as their culture. Keywords: Nature, Iban Society, Art, Tattoo Tradition, Wisdom Tradition Abstrak: Penyelidikan ini menjelaskan tentang sesuatu kearifan tradisi yang berkaitan dengan warisan kesenian masyarakat Iban, iaitu seni tatu. Simbolisme ke arah unsur-unsur alam sering digunakan untuk menyatakan pelbagai idea dan makna tentang amalan, budaya dan kehidupan mereka. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif secara keseluruhan. Data yang diperoleh melalui pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual daripada informan yang pakar dalam seni tatu. Keseluruhan penyelidikan ini mendapati bahawa minda manusia dibina daripada sifat, ciri dan bentuk alam. Manusia belajar daripada alam dan mencipta estetika di samping memperlihatkan keupayaan berasimilasi dengan alam sehingga wujudnya falsafah alam takambang jadi guru. Alam dijadikan sebagai guru, iaitu pemikiran manusia dibina daripada alam semula jadi. Ini bermakna alam berkembang mengajar manusia untuk berfikir secara kreatif dan menghasilkan sesuatu penciptaan yang menggunakan unsur alam sebagai sumber idea, iaitu seni tatu. Setiap perkara dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan manusia mungkin tidak boleh dipisahkan dengan alam semula jadi. Masyarakat Iban tinggal di persekitaran alam semula jadi. Bagi mereka, alam dijadikan sebagai guru untuk menyelesaikan semua masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Bagi sesetengah individu dalam masyarakat Iban, mereka mahir dalam mencipta hasil seni yang menggunakan unsur-unsur alam yang wujud di persekitaran mereka. Nilai-nilai estetika pada seni tatu juga dapat dilihat pada motif dan reka corak yang dihasilkan dengan berinspirasikan unsur alam semula jadi. Ini menunjukkan bahawa alam sebagai guru atau istilah berfikir di samping simbol ketekunan dan psikologi pencacah tatu. Melalui alam semula jadi, masyarakat Iban menghasilkan kreativiti yang menggunakan sumber alam pada tradisi seni tatu yang menunjukkan kearifan tradisi dalam budaya mereka. Kata kunci: Alam, Masyarakat Iban, Seni, Tradisi Tatu, Kearifan Tradisi