1. Pengoptimuman Lapisan P3HT:PCBM Terdop CuI Dalam Sel Suria Organik Jenis Songsang Untuk Aplikasi Cahaya Dalam
- Author
-
Farah Liyana Khairulaman, Chi Chin Yap, Mohammad Hafizuddin Hj Jumali, and Nour Atallah Issa
- Subjects
Multidisciplinary - Abstract
Dalam kajian ini, kesan kepekatan pendopan CuI dalam lapisan aktif poli (3-heksilthiofena-2,5-dil) (P3HT): (6,6)-fenil-C61 butrik asid metil ester (PCBM) terhadap prestasi sel suria organik jenis songsang di bawah cahaya luar piawai (AM1.5 G) dan diod pemancar cahaya (LED) putih telah dikaji. Peranti dengan kepekatan pendopan CuI sebanyak 9 bt% memberi prestasi terbaik bagi kedua-dua keadaan pencahayaan dengan kecekapan penukaran kuasa (PCE) yang tertinggi pada 2.46% dan 5.17%, masing-masing di bawah cahaya luar dan dalam. Bagi pengoptimuman lanjut, kesan kepekatan larutan penyediaan lapisan aktif P3HT:PCBM terdop CuI terhadap prestasi sel suria organik telah dikaji. Didapati kepekatan optimum lapisan aktif adalah berbeza di bawah cahaya dalam dan luar. Peranti dengan kepekatan larutan lapisan aktif yang tinggi (50 mg/mL) memberikan prestasi terbaik di bawah cahaya LED dengan PCE 8.14% manakala lapisan aktif dengan kepekatan biasa (25 mg/mL) menunjukkan prestasi terbaik di bawah cahaya AM1.5G (2.46%).
- Published
- 2022