1. Strategi Pembelajaran Kolokasi Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam Malaysia (Arabic Collocation Learning Strategies among Students of Malaysian Public Universities)
- Author
-
Lily Hanefarezan Asbulah, Mus'ab Sahrim, Maimun Aqsha Lubis, and Ashinida Aladdin
- Subjects
Linguistics and Language ,Collocation ,Literature and Literary Theory ,Arabic ,Pedagogy ,Foreign language ,language ,Sociology ,Language and Linguistics ,language.human_language - Abstract
Strategi pembelajaran kolokasi merupakan strategi yang dipandang sepi dalam kurikulum bahasa Arab, namun para sarjana mengakui bahawa ia adalah strategi dominan yang digunakan dalam kalangan pelajar bahasa asing yang mempunyai keupayaan di tahap sederhana. Kajian ini meninjau tahap penggunaan strategi pembelajaran kolokasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar bahasa Arab di universiti awam Malaysia. Untuk tujuan itu, satu set soal selidik jenis skala Likert telah diedarkan kepada pelajar bahasa Arab yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam dan sudah berada pada tahun akhir pengajian. Kajian ini menggunakan pensampelan rawak mudah. Seramai 344 orang pelajar daripada lapan buah universiti awam menyertai kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi pembelajaran kolokasi dalam bahasa Arab adalah dominan walaupun berada pada skala penggunaan yang sederhana. Kajian ini mencadangkan strategi pembelajaran kolokasi bahasa Arab yang baru berdasarkan substrategi pengecaman, masteri teknik (kefahaman, pengulangan, penonjolan, kamus, sosial dan imejan) serta aplikasi. Selain dari itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa strategi pembelajaran kolokasi perlu dimanfaatkan oleh pelajar terutamanya dalam memainkan peranan autonomi bagi meningkatkan kompetensi dalam penggunaan bahasa Arab terutamanya aspek kolokasi. Kata kunci: kolokasi; strategi pembelajaran; bahasa Arab; bahasa asing; universiti awam ABSTRACT Arabic Collocation Learning Strategies have been marginalized in the Arabic language curriculum system, but scholars acknowledge that it is a dominant strategy used by students, especially in the learning of foreign languages with moderate capabilities. This study examines the level of use, of Arabic language collocation strategies among Arabic language students in public universities. For that purpose, a set of Likert scale questionnaires were distributed to Arabic language students studying in public universities, who are in their final year of study. This study uses simple random sampling. A total of 344 students from eight public universities participated in this study. The findings show that collocation learning strategies in Arabic language are dominant even though they are at a moderate scale of use. This study proposes a new Arabic collocation learning strategy based on recognition, mastery techniques (understanding, repetition, highlighting, dictionary, social and imagery) and applications. The findings also discovered that collocation learning strategies should be utilized by students especially with regards to the autonomous role in using specific strategies and techniques to enhance competency in the Arabic language, especially in collocation. Keywords: collocation; learning strategies; Arabic language; foreign language; public universities
- Published
- 2019
- Full Text
- View/download PDF