1. NILAI MURNI DALAM BERMUKUN DAN BERGENDANG MASYARAKAT MELAYU SARAWAK
- Author
-
Mohammad Syawal Narawi
- Subjects
Bermukun ,bergendang ,masyarakat Melayu Sarawak ,majlis perkahwinan ,majlis berkhatan ,General Earth and Planetary Sciences ,General Environmental Science - Abstract
Kertas kerja ini membincangkan nilai murni dalam bermukun dan bergendang dalam masyarakat Melayu Sarawak. Tukang gendang yang dikendalikan oleh wanita akan berbalas pantun dengan penandak (penari) dalam kalangan lelaki melalui acara bermukun. Gendang dan biola merupakan antara instrumen muzik tradisional juga turut digunakan untuk menghasilkan melodi yang indah di samping alunan pantun-pantun yang disampaikan. Aktiviti bermukun dan bergendang merupakan antara warisan yang menjadi pengisian dalam aktiviti berbentuk hiburan suatu ketika dahulu. Kebiasaannya tradisi ini diadakan untuk memeriahkan lagi majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis berkhatan di kampung-kampung. Pantun-pantun yang dialunkan semasa aktiviti bermukun dan bergendang ini mempunyai peranan tertentu. Antaranya untuk berhibur, menyampaikan hasrat hati antara tukang gendang dan penandak serta menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada pendengar. Fenomena kurangnya dikenali dan dipraktikkan generasi baharu masyarakat Melayu Sarawak terhadap aktiviti bermukun dan bergendang memungkinkan acara ini akan berkubur dan hilang daripada pengetahuan generasi baharu bersama pantasnya arus perubahan globalisasi. Menyedariakan kepentingan aktiviti bermukun dan bergendang ini, maka satu kajian dilakukan berkaitan mesej dalam pantun bagi aktiviti bermukun dan bergendang bagi masyarakat Melayu Sarawak. Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti elemen nilai murni yang dijadikan wadah menyampaikan mesej dalam pantun yang disampaikan dalam aktiviti bermukun dan bergendang dalam masyarakat Melayu Sarawak. Kajian yang dilakukan ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan semakan dokumentasi. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa penggunaan nilai murni dalam pantun dapat dijadikan wadah mengungkapkan mesej sebagai pedoman hidup generasi masyarakat Melayu Sarawak. Mesej pantun tersebut dapat menjadi cerminan kepelbagaian budaya masyarakat Melayu Sarawak. Kajian tentang warisan budaya masyarakat Melayu Sarawak ini dapat didokumentasikan agar tidak lenyap ditelan zaman sekaligus dapat dijadikan pedoman hidup generasi baharu.
- Published
- 2017
- Full Text
- View/download PDF